isabudin

isabudin
pekerjaan satu amanah

Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara

Tajuk : Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara


     Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara .

   Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi – disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan negara.

     Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara .

     Sistem pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisyen . Sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang yang berteknologi tinggi dengan konsep yang lebih moden bertaraf dunia serta landasan yang dapat menampung pendaratan kapal terbang yang canggih . Sistem pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana ia menyediakan sistem pengangkutan yang pantas bagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amat diperlukan oleh ramai orang di serata dunia . Sistem pengangkutan udara ini turut menuntut pelaburan yang amat tinggi dan turut membantu penjanaan pembangunan negara . Negara akan turut dilihat bertambah maju , berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya tidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini .

       Bagi sistem pengangkutan air pula kebanyakannya melibatkan pengangkutan di laut dan tidak kurang pentinganya pengangkutan di sungai – sungai . Sistem pengangkutan air juga memerlukan satu sistem yang sistematik maka ia turut menuntut penyediaan dermaga dan pelabuhan – pelabuhan bertaraf dunia supaya boleh menampung keperluan penggunaan kapal – kapal pengangkut yang besar untuk berlabuh dan menguruskan pemunggahan muatan yang banyak dan berat dapat diurus dalam masa yang singkat dan mudah . Sistem pengangkutan laut ini amat penting bagi negara kerana ia menguruskan pengangkutan yang banyak dan barangan berat melibatkan perjalanan yang jauh di merata dunia . Ini semua turut memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta . Hal sedemikian turut membantu meningkatkan kegiatan ekonomi negara yang dapat menjana pembangunan negara .
       Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara dengan lapangan terbangnya manakala sistem pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden , pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua kerana tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan pembangunan negara ; Mengapa tidak ? Kerana sistem pengangkutan awam adalah nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan pembangunan negara .

        Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap pembangunan negara . Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik dan moden supaya berupaya menjana pembangunan negara . Melalui sistem pengangkutan awan yang sistematik juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi pulangan kepada pendapatan negara .Sebab itulah negara sanggup berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa keuntungkan kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus membantu kepada pembangunan negara .

       Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam yang canggih lagi sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara – Selatan , Jambatan Pulau Pinang , Lebuh Raya Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya . Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti sudah tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di mana – mana , kepayahan untuk berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian lebuh raya , malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter , LRT , monorel turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Pembinaan – pembinaan sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah meneroka pembukaan tanah – tanah terbiar , tanah – tanah di pedalaman sekaligus kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip mata menjadi kawasan lubuk emas : Harga tanah naik melambung , dahulunya pekan atau perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus , dahulunya tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan penduduk di merata pelusuk negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem pengangkutan awam yang sistematik maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan negara .

       Tidak dapat dinafikan , sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik pastinya negara tidak dapat membangun dengan baik . Cuba mengimbau kembali sistem pengangkutan awam lama , pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang sistematik , pembinaannya asal buat sahaja tanpa memikirkan kesan alam sekitar , kesan jangka panjang , hanya mengira kesesuaian dan keperluan semasa tanpa mengambil kira impaknya di masa hadapan . Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat dan tidak membawa kepada pembangunan yang menyeluruh . Ini sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir negara yang perlu tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana pembangunan negara . Sekiranya negara dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik lagi efisen , secara tidak langsung ia telah menjana pembangunan negara yang lebih teratur , berkembang dan berdaya maju . Penyediaan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, lori , kereta api , teksi , kapal terbang , kapal laut , feri dan seumpamanya tetapi perlu dilihat dalam penyediaan perhubungan infrastrukturnya juga perlu sistematik - baru boleh dilihat dapat menjana pembangunan negara .

        Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh raya , setesen kereta api , landasan kereta api , lapangan kapal terbang dan landasannya , pelabuhan – pelabuhan dan dermaganya : Semua ini memerlukan kawasan – kawasan lama diperbesarkan , kawasan – kawasan baru diterokai , sistem lama sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke penempatan baru . Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara secara besar – besaran . Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada , impak masa hadapan negara lebih terjamin , tidak berisiko tinggi , sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .

       Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna , memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri – ciri perkhidmatan selamat , dapat mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta , juga mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik . Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul . Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana pembangunan negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat , sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk melabur dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk membangunkan negara . Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan , pengeluaran produk industri tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan sektor industri dalam negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara .

         Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok negara dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja . Mereka ini adalah penjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sudah pasti mejejaskan pergerakan mereka ke tempat kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti mereka bermakna keberhasilan negara turut merosot , maka pembangunan negara juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem pengangkutan awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem pengangkutan awam , ini bermakna tiada pembangunan yang dilakukan . Berapa banyak prasarana ini yang telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep , bercirikan moden , canggih , termaju dan bertaraf dunia . Semuanya ini adalah merupakan pembangunan negara melalui sistem pengangkutan awam . Kalau tanpa memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam yang sistematik maka pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak membangun .

        Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan pembangunan negara . Maka dapat kita lihat negara – negara di seluruh dunia berlumba – lumba menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik . Ini bermakna pembangunan sistem penganguktan awam yang sistematik merupakan satu faktor penting yang dapat menjana pembangunan negara . Negara akan turut bertambah maju sekiranya sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik . Kita lihat di sesebuah negara yang sistem pengangkutan awamnya kucar – kacir lagi kelam – kabut serta tidak terurus dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri .

         Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat seandainya sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan sistem pengangkutan awamnya . Ia akan memberi impak yang amat besar kepada negara : Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang , kemajuan tidak dapat dicapai , tiada pelaburan , kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat , rakyat tidak dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa untuk negara . Sistem pengangkutan awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan berkesan sebenarnya ia seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam erti kata lain tiada pembangunan dalam sistem pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan negara .

       Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip , bekalan elektrik , bekalan telekomunikasi , perumahan , ruang perniagaan , kawasan pentadbiran , kawasan reakriasi , rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada pembangunan berlaku di negara berkenaan . Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam yang sistematik , negara berupaya mengguna jentera pengangkutan awam yang moden dan canggih . Ini juga merupakan satu pembangunan kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan .

         Di negara – negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya kerana mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana pembangunan negara . Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju , sistem kereta api bawah tanah , kapal terbang supersonik dan berjentera jet , kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi . Semua ini mereka bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran dapat menjana pembangunan negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus berlumba – lumba untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari negara – negara pesaing mereka . Negara – negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan awamnya bersistematik dan bertaraf dunia , mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini negara tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan yang sejahtera .

       Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem pengangkutan awam yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan pembangunan negara kerana pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan awam yang sistematik ini lebih bersepadu dan menyeluruh . Dalam hendak menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini melibat banyak penyumbangnya secara global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan dan tapak , arkiteknya , juruteranya , jurubinanya , para konsultannya , ahli koporat , para pemaju , usahawan – usahawan , tenaga buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem pengangkutan awam yang sitematik ini .

         Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana pembangunan negara . Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik . Justeru itu untuk terus maju dan membangun sudah semestinya negara mampu memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik .